Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Guna Sistem Penggiliran Pegawai Kanan Berjawatan Tinggi Elak Salah Laku

Published: 19 Nov 2020 1.20 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Shah Alam, 19 November 2020 - Penggiliran pegawai-pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memegang jawatan penting akan dibuat dalam tempoh tiga tahun sekali bagi memastikan tahap integriti yang tinggi dan mengelakkan kes rasuah serta salah guna kuasa.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pdrm-guna-sistem-penggiliran-pegawai-kanan-berjawatan-tinggi-elak-salah-laku
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 10:51 MYT

Shah Alam, 19 November 2020 - Penggiliran pegawai-pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memegang jawatan penting akan dibuat dalam tempoh tiga tahun sekali bagi memastikan tahap integriti yang tinggi dan mengelakkan kes rasuah serta salah guna kuasa.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berkata, beliau mahu memberikan tumpuan serius terhadap usaha meningkatkan integriti dalam kalangan anggota polis.

Menurutnya, beliau sudah membincangkan mengenai penggiliran jawatan tersebut dengan Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani dan juga pengarah-pengarah.

"Terdapat beberapa jawatan dalam PDRM yang dikatakan sensitif di mana sekiranya tidak dipantau ataupun seseorang itu tidak mempunyai integriti, amalan rasuah akan terus berleluasa. Maka akan berlakulah penguatkuasaan undang-undang yang lemah di situ.

"Jadi, saya telah membuat keputusan untuk buat penggiliran tugas dengan lebih kerap lagi. Sebagai contoh jika seseorang itu sudah berada di sesuatu jawatan itu selama tiga tahun, saya akan pendekkan lagi supaya memberikan peluang kepada yang lain,” katanya, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

Sumber: Sinar Harian

Image may contain: one or more people and text

ArticlePublished 19 Nov 2020 1.20 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM