
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Fokus Dapat Semula Aset Berkaitan 1mdb
Kuala Lumpur, 11 Oktober 2023 - Siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi kes membabitkan Roger Ng Chong Hwa adalah berkait modus operandi bekas pengurus Gold...
Kuala Lumpur, 11 Oktober 2023 - Siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi kes membabitkan Roger Ng Chong Hwa adalah berkait modus operandi bekas pengurus Goldman Sachs itu dalam penjualan nota sekuriti dan bon bernilai AS$6.5 bilion milik anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Kita (PDRM) perlu melihat kepada modus operandi Roger, bagaimana bon ini dijual dan berapa komisen yang diperoleh daripada aktiviti itu.
“Modus operandi itu kita perlu ketahui yang kita percaya akan membawa kepada aset “recovery'' (mendapatkan semula) dan kemungkinan terdapat pembabitan suspek lain.
“Aset itu membabitkan fizikal dan bukan fizikal seperti akaun bank, bangunan, rumah dan kenderaan yang dibeli serta pelbagai lagi,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, semalam.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.