Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Diminta Lipat Ganda Program Survelan Pantau Komunikasi Untuk Banteras Aktiviti Keganasan

Published: 28 May 2024 2.55 AM Updated: 15 Aug 2026 8.11 PM
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia kerana PDRM melalui Unit Pencegahan Keganasan, Cawangan Khas mempunyai kemampuan untuk berbuat demikian.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pdrm-diminta-lipat-ganda-program-survelan-pantau-komunikasi-untuk-banteras-aktiviti-keganasan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:27 MYT
Kuala Lumpur, 28 Mei 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta melipatgandakan program survelan dan pemantauan ke atas apa-apa maklumat atau komunikasi secara dalam talian berkaitan bagi membanteras sebarang ancaman aktiviti keganasan.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia kerana PDRM melalui Unit Pencegahan Keganasan, Cawangan Khas mempunyai kemampuan untuk berbuat demikian.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Negara berkata, usaha juga wajar digemblengkan bersama Polis Antarabangsa (INTERPOL) dan Polis Asean (ASEANAPOL) bagi memastikan ia dapat diatasi secara menyeluruh.

Beliau berkata, Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) akan digunakan sepenuhnya bagi pelaksanaan kawalan supaya keseluruhan proses terbabit dibuat dengan lebih ketat.

“Jangan ambil mudah walaupun kita tahu ia (aktiviti keganasan) terkawal di Malaysia. Saya tahu bukan senang buat pemantauan, tetapi PDRM ada kemampuan dan kita lihat ia sesuai dengan undang-undang POTA yang digubal ketika saya sebagai Menteri Dalam Negeri dahulu.

“ASEANAPOL yang wujud di Kuala Lumpur sejak saya menjawat jawatan sama sebelum ini juga pastinya akan lebih melipatgandakan pemantauan dan program survelan mereka bagi mengatasi isu sama,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 1 person and text
ArticlePublished 28 May 2024 2.55 AMUpdated 15 Aug 2026 8.11 PM