Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Dijangka Dapat Kamera Badan Pada Tahun 2021

Published: 20 Nov 2020 3.25 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 20 November 2020 - Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijangka dilengkapi peralatan kamera badan bermula tahun depan, dalam usaha memartabatkan reputasi dan integriti pasukan keselamatan itu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pdrm-dijangka-dapat-kamera-badan-pada-tahun-2021
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:07 MYT

Kuala Lumpur, 20 November 2020 - Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijangka dilengkapi peralatan kamera badan bermula tahun depan, dalam usaha memartabatkan reputasi dan integriti pasukan keselamatan itu.

Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato’ Seri Hamzah Zainuddin berkata, permohonan projek Pelan Pelaksanaan Pemasangan Kamera Badan Pertama (RP1) membabitkan cadangan perolehan sebanyak 2,168 unit kamera 4G.

"Perolehan peralatan ini akan dilaksanakan pada tahun depan. Kerajaan komited untuk melaksanakan projek pemasangan kamera badan ini mengambil kira kesan positif yang diperoleh bagi mengurangkan kes aduan, perbuatan salah laku dan rasuah dalam kalangan anggota di lapangan," katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.

Dato' Seri Hamzah berkata, kerajaan sentiasa mengambil berat tahap integriti anggota PDRM dan penggunaan kamera badan ketika penugasan memartabatkan reputasi serta meningkatkan persepsi positif rakyat kepada PDRM.

"Penggunaan kamera badan dijangka dapat meningkatkan ketelusan dalam penyampaian perkhidmatan, selain meningkatkan hubungan positif antara polis dan masyarakat," katanya lagi.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian.

Sumber: Berita Harian

Image may contain: 1 person, text
ArticlePublished 20 Nov 2020 3.25 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM