Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Dan Motac Bersatu Tangani Isu Jemaah Terkandas Pada Musim Haji Ini

Published: 24 May 2025 3.03 AM Updated: 15 Aug 2026 8.00 PM
Kuala Lumpur, 24 Mei 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Lembaga Tabung Haji (TH) akan menubuhkan Pasukan Petugas Khas menangani isu jemaah haji yang terkandas pada musim haji tahun ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pdrm-dan-motac-bersatu-tangani-isu-jemaah-terkandas-pada-musim-haji-ini
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:17 MYT
Kuala Lumpur, 24 Mei 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Lembaga Tabung Haji (TH) akan menubuhkan Pasukan Petugas Khas menangani isu jemaah haji yang terkandas pada musim haji tahun ini.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK, CP Dato' Sri Muhammed Hasbullah Ali berkata, ia adalah langkah strategik bagi memastikan setiap aduan berkaitan isu jemaah haji terkandas dapat ditangani secara teratur dan berkesan.
Beliau berkata, pasukan itu akan bermula pada 8.00 pagi, 30 Mei dan beroperasi secara 24 jam setiap hari.

Dato' Sri Muhammed Hasbullah berkata, pusat operasi pasukan itu bertempat di Bilik Mesyuarat One Stop Center, Aras 2, Parkir Blok B, Terminal Utama, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang.

“Pasukan khas ini akan menyelaras siasatan, pengurusan dokumentasi serta tindakan undang-undang terhadap individu atau pemilik syarikat yang disyaki terlibat dalam penipuan tawaran haji,” katanya dalam kenyataan hari ini.
 
Beliau berkata PDRM, MOTAC dan TH masing-masing mempunyai bidang kuasa dan perundangan tersendiri dalam menangani pelbagai bentuk kesalahan berkaitan penipuan haji dan segala tindakan akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of ‎10 people and ‎text that says '‎'Bersama Santuni Dhuyu Dhuvufurrahman urrahman الرَّحْمْ ضيوف خذمَةِ فَ


ArticlePublished 24 May 2025 3.03 AMUpdated 15 Aug 2026 8.00 PM