Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lima 25 Kpn Bersama Pucuk Pimpinan Hadir Majlis Penutup Di Miec

Diterbitkan: 24 May 2025 9.50 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.00 PM
Langkawi, 24 Mei 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir pada Majlis Penutup Pameran Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA’25) yang berlangsung petang tadi di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lima-25-kpn-bersama-pucuk-pimpinan-hadir-majlis-penutup-di-miec
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:09 MYT
Langkawi, 24 Mei 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir pada Majlis Penutup Pameran Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA’25) yang berlangsung petang tadi di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini.

Pameran bertaraf antarabangsa tersebut menutup tirainya hari ini selepas berlangsung selama lima hari bermula 20 Mei lalu, yang disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin.

Hadir sama dalam majlis penutup tadi ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Tuan Adly Zahari, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Hj. Mohd Nizam Hj. Jaffar, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali dan Timbalan KPN, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Sebagai acara dwitahunan yang dinanti-nantikan, acara berprestij itu akan kembali dengan edisi ke-18 pada tahun 2027.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengetuai Sekretariat Keselamatan LIMA’25 telah menghantar kekuatan seramai 1,682 pegawai dan anggota lain-lain pangkat untuk memastikan keselamatan awam dan kelancaran lalu lintas sentiasa terkawal sepanjang pameran berlangsung.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik , CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, Timbalan Pengarah (Pasukan Gerakan Am), Jabatan KDNKA Bukit Aman, DCP Dato’ Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi serta barisan pegawai kanan PDRM.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan, Koperal Irfan Bujang, Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery, Lans Koperal Muhammad Syafiq Abu Bakar dan Kosntabel Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi

May be an image of 8 people and text

May be an image of 11 people, dais and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 5 people and text that says 'み AMBUL ementeran esihatan alaysia AoPC @HAKMILIKED @HA MILIKEORM PORM RM' May be an image of 1 person and text that says '@HAK MILIA @HAKMILIAPDRM MILIAPDRM PDRM すーエズ 0円 ='

ArtikelDiterbitkan 24 May 2025 9.50 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.00 PM