Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Dan Interpol Bantu Kesan Angie

Published: 08 Jun 2023 2.28 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pdrm-dan-interpol-bantu-kesan-angie
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:42 MYT
Kuala Lumpur, 8 Jun 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan INTERPOL untuk membantu pihak berkuasa Thailand mengesan seorang rakyat Malaysia yang dilapor hilang di Chiang Mai, sebuah bandar di utara negara jiran itu.
Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, selain tiga pihak itu, usaha mengesan Chong Sum Yee atau lebih dikenali Angie, 22, turut membabitkan kerjasama pihak berkuasa Myanmar.

“Pada 2 Jun lalu, PDRM menerima laporan ibu mangsa mengenai kehilangan Angie di Chiang Mai, Thailand.

"Usaha mengesan mangsa giat dijalankan Polis Diraja Thailand melalui bantuan INTERPOL serta PDRM, selain membabitkan kerjasama pihak berkuasa Thailand, Myanmar dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 08 Jun 2023 2.28 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM