Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Cadang Klasifikasi Kes Pencemaran Sebagai Jenayah Terancang Sosma

Published: 10 Sep 2020 1.43 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 10 September 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bercadang untuk mengklasifikasikan kes pencemaran alam sekitar di negara ini sebagai jenayah terancang.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pdrm-cadang-klasifikasi-kes-pencemaran-sebagai-jenayah-terancang-sosma
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:26 MYT

Kuala Lumpur, 10 September 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bercadang untuk mengklasifikasikan kes pencemaran alam sekitar di negara ini sebagai jenayah terancang.

Tindakan itu bagi membolehkan hukuman lebih berat diambil terhadap pesalah alam sekitar mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berkata, perkara itu dicadangkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman kepada Peguam Negara dalam satu mesyuarat khas kelmarin.

"Dalam perbincangan itu, pihak polis telah mencadangkan hukuman lebih berat perlu dikenakan terhadap pesalah alam sekitar yang mempunyai unsur sabotaj (dalam kes pencemaran) dan (melakukan kesalahan) berulang kali.

"Kesalahan itu dicadangkan untuk diklasifikasikan sebagai jenayah terancang dan SOSMA adalah akta yang sesuai," katanya kepada pemberita di Maktab PDRM, Cheras dekat sini semalam.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar Kosmo seperti berikut.

Sumber: Kosmo Online

Image may contain: text that says 'POLIS Diraja Malaysia (PDRM) )bercadang SOSMA hukum pesalah alam sekitar sekitar inegara ini sebagai jenayah hukuman ber
ArticlePublished 10 Sep 2020 1.43 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM