Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Buka Markas Di Hulu Langat
Putrajaya, 23 Disember 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka sebuah markas taktikal di Hulu Langat, Selangor, bagi memudahkan pengurusan mangsa banjir di...
Putrajaya, 23 Disember 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka sebuah markas taktikal di Hulu Langat, Selangor, bagi memudahkan pengurusan mangsa banjir di daerah berkenaan, kata Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainudin.
Katanya, kementerian mencapai persetujuan bersama Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani untuk menubuhkan markas berkenaan selepas ramai penduduk dan mangsa banjir memaklumkan tidak ada pusat pemindahan sementara di kawasan terbabit, selain sesetengah kawasan di Hulu Langat sukar diakses kerana terletak di pedalaman.
“Ada sesetengah kawasan, penduduk yang terjejas tidak boleh keluar dan kita juga susah untuk masuk. Berikutan itu, pasukan yang hebat diperlukan untuk membantu mereka, terutama bagi memastikan kerja cari alamat yang diselaraskan pasukan tentera serta Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.
"Balai polis di situ juga mengalami kerosakan teruk akibat banjir," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan CP Dato’ Razarudin Husain sebagai Timbalan KPN yang baharu, menggantikan DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim yang bersara wajib pada 25 Disember ini, di sini, semalam.
Dato’ Seri Hamzah Zainudin berkata, markas taktikal itu diwujudkan sebagai pusat operasi di lapangan dengan pegawai pemerintah akan bertindak menyelaras operasi bantuan semua unit dari dalam dan luar, selain berperanan mempertingkat serta memperkasakan operasi kerja pembersihan serta membantu dan menjaga kebajikan mangsa banjir.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.