Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Banteras Aktiviti Curi Kenderaan

Diterbitkan: 01 Jul 2023 3.40 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.24 PM
Kumpulan penjenayah antaranya Geng Sasi Navy, Geng King, Geng William, Geng Apik Setan, Geng Emy Puchong, Geng Aliff dan Geng Jamal adalah antara dalang yang dikesan aktif melakukan jenayah mencuri kenderaan di negara ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pdrm-banteras-aktiviti-curi-kenderaan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:58 MYT
Kuala Lumpur, 1 Julai 2023 - Kumpulan penjenayah antaranya Geng Sasi Navy, Geng King, Geng William, Geng Apik Setan, Geng Emy Puchong, Geng Aliff dan Geng Jamal adalah antara dalang yang dikesan aktif melakukan jenayah mencuri kenderaan di negara ini.

Semua mereka dikesan sudah mencuri dan melarikan beribu kenderaan sebelum berjaya ditumpaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui operasi Op Lejang Khas di seluruh negara sejak awal tahun ini.

Berdasarkan maklumat operasi dilaksana Bahagian D4 (Risikan/Operasi/Rekod Jenayah), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, polis setakat ini berjaya menemui dan merampas 847 kenderaan pelbagai jenis bernilai RM19.8 juta dalam tempoh Januari hingga April lalu.

Statistik turut menunjukkan 6,709 kertas siasatan dibuka jabatan itu berkaitan kecurian kenderaan dalam tempoh sama.

Hasil tindakan agresif dilakukan Bahagian D4, sebanyak 1,049 serbuan dilakukan dan seramai 1,225 suspek diberkas.

Dianggarkan nilai rampasan kenderaan curi ditemui itu menjangkau RM19.8 juta. Secara keseluruhan operasi yang dijalankan ini berjaya menyelesaikan 1,658 kes dan daripada jumlah itu 639 kes atau 9.5 peratus kertas siasatan berjaya dituduh.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.


May be an image of car and text
ArtikelDiterbitkan 01 Jul 2023 3.40 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.24 PM