Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Akan Kekang Penyeludup Habis Habisan

Diterbitkan: 09 Dec 2020 1.56 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sarjan Baharuddin Ramli, 54, dan rakannya, Sarjan Norihan Tari, 39, langsung tidak berganjak ketika bertempur dengan lebih 13 penyeludup dalam kejadian kira-kira 600 meter dari Tembok Sempadan (TS9), Padang Besar, Perlis baru-baru ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pdrm-akan-kekang-penyeludup-habis-habisan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 17:18 MYT
Sarjan Baharuddin Ramli, 54, dan rakannya, Sarjan Norihan Tari, 39, langsung tidak berganjak ketika bertempur dengan lebih 13 penyeludup dalam kejadian kira-kira 600 meter dari Tembok Sempadan (TS9), Padang Besar, Perlis baru-baru ini.
Keberanian dua anggota dari Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq itu cukup membanggakan meskipun Sarjan Baharuddin gugur dalam pertempuran tersebut.
Rakannya, Sarjan Norihan yang cedera ditembak di bahagian perut seterusnya terpaksa menjalani pembedahan di Hospital Pulau Pinang (HPP).
Sarjan Baharuddin meninggal dunia di lokasi kejadian selepas ditembak menggunakan shotgun di bahagian perut dan dada malah sehingga akhir hayat, wira negara itu masih menggenggam erat pistol automatik Walther P99 yang telah kehabisan peluru itu.
Tragedi menyayat hati itu bagaimanapun tidak sedikit pun melemahkan semangat anggota keselamatan. Malah, mereka tambah bersemangat menjaga dan mengetatkan kawalan sempadan negara daripada dibolosi musuh yang sentiasa mencari peluang dan ruang melakukan aktiviti penyeludupan.
Berikutan itu, PGA mempertingkatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand dengan mengerakkan kira-kira 500 kekuatan daripada pelbagai unit bagi mempertahankan sempadan negara.
Turut dikerah adalah pasukan operasi dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan pasukan Komando 69 (VAT69) bagi melumpuhkan pergerakan kumpulan penyeludup.
Selain 314 anggota Batalion 3 yang sedia ada bagi melakukan kawalan, PGA juga menggerakkan unit berkuda melibatkan empat ekor kuda, unit udara, unit kereta perisai sebanyak tiga unit sekali gus memberi peringatan jelas aktiviti penyeludupan ini akan dikekang habis-habisan.
Seorang anggota daripada Batalion 3 PGA, Koperal Judin Awi berkata, pemergian Baharuddin cukup dirasai namun ia langsung tidak mematahkan semangatnya dan rakan-rakan untuk terus berjuang menjaga kawasan sempadan negara.
“Keberanian mendiang Baharuddin memberi motivasi dan semangat kepada kami untuk terus berjuang dalam mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan ini,” katanya.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia berikut.
Sumber: Utusan Malaysia

Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Akan Kekang Penyeludup Habis Habisan
Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Akan Kekang Penyeludup Habis Habisan
ArtikelDiterbitkan 09 Dec 2020 1.56 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM