Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pati Tidur Berhimpit Dalam Duduk

Diterbitkan: 16 Dec 2023 3.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Shah Alam, 16 Disember 2023 - Dipaksa tinggal sementara dalam rumah kecil ibarat ‘tin sardin’ dalam keadaan kotor dan kelaparan sejak lima hari lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pati-tidur-berhimpit-dalam-duduk
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:23 MYT
Shah Alam, 16 Disember 2023 - Dipaksa tinggal sementara dalam rumah kecil ibarat ‘tin sardin’ dalam keadaan kotor dan kelaparan sejak lima hari lalu.
Itu antara situasi perlu ditempuhi 56 warga Indonesia yang mahu pulang ke negara asal secara haram menggunakan laluan laut dikendalikan tekong darat.

Semua mereka bagaimanapun ditahan dalam serbuan di sebuah inap desa di Jalan Kebun di sini menerusi Op Pintas dilakukan anggota Bahagian (D3) Pencegahan Pemerdagangan orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman jam 9.00 malam kelmarin.
Wartawan Harian Metro yang mengikuti operasi itu mendapati inap desa empat bilik berkenaan berada dalam keadaan kotor, berbau busuk dan berselerak.

Difahamkan, pihak ejen atau tekong darat menjadikan kediaman itu sebagai transit sebelum menyeludup keluar semua Pati terbabit ke Pantai Dumai di Indonesia.
"Di sini kami makan ala kadar. Kami hanya makan nasi, tempe, air masak dan mee segera. Walaupun sudah membayar upah kepada ejen, mereka masih meminta RM50 seorang konon untuk pembayaran inap desa”, katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) JSJ Bukit Aman, DCP Fadil Marsus berkata, pihaknya menahan empat lelaki dipercayai bertindak sebagai penjaga dan pembantu penjaga.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 16 Dec 2023 3.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM