Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pati Mula Ramai Masuk Ikut Jalan Tikus Pada Fasa Ppn

Diterbitkan: 27 Mar 2022 3.28 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 27 Mac 2022 - Sejak Malaysia beralih ke fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN), semakin ramai warga asing yang pernah bekerja di negara ini mula kembali ke sini melalui jalan tikus.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pati-mula-ramai-masuk-ikut-jalan-tikus-pada-fasa-ppn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:13 MYT
Petaling Jaya, 27 Mac 2022 - Sejak Malaysia beralih ke fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN), semakin ramai warga asing yang pernah bekerja di negara ini mula kembali ke sini melalui jalan tikus.

Menurut Komander Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Muhammad Abdul Halim, semakin ramai warga asing terutama pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya ditangkap.

Katanya, pada 2021, seramai 873 PATI ditahan berbanding 306 orang pada 2020.

"Daripada jumlah itu sebahagian besarnya adalah PATI dari Indonesia. Selain itu, ada yang datang dari Myammar, Bangladesh, Pakistan dan Sri Lanka, namun jumlahnya tak ramai iaitu tak sampai 50 orang," katanya.

Menurutnya, jika dilihat kepada nilai rampasan pula, sebanyak RM5.76 juta direkodkan pada tahun 2021 berbanding RM1.51 juta tahun sebelumnya membabitkan kenderaan, wang tunai, telefon bimbit, pukat, walkie-talkie dan lain-lain.

Ujarnya, kesemua PATI tersebut ditahan ketika memasuki negara ini melalui jalan tikus di dua lokasi popular di Selangor iaitu Sabak Bernam dan Klang.

"Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kebanyakan PATI memasuki negara ini dengan menumpang bot nelayan asing, namun kini mereka berubah modus operandi dengan menaiki bot laju melalui bantuan tekong warga asing.

"Dengan membuat bayaran antara RM1,200 hingga RM3,000 kepada tekong, mereka akan dibawa masuk ke negara ini ketika air pasang antara pukul 2 hingga 5 pagi. Harga setiap tekong tak sama, ada mahal dan ada yang murah," ujarnya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti berikut.

 
ArtikelDiterbitkan 27 Mar 2022 3.28 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM