
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Pati Buat Laluan Tikus Dari Kilang Ke Kilang Bagi Mudah Larikan Diri
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.
Pelabuhan Klang, 24 Februari 2024 - Bina ‘laluan tikus' dari kilang ke kilang bagi memudahkan pekerja asing melarikan diri jika terdapat serbuan.
Bagaimanapun, tindakan mereka cuba meloloskan diri menerusi laluan terbabit gagal selepas dicekup polis dalam serbuan bermula pada jam 2.30 petang kelmarin yang dijalankan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman yang melaksanakan Op Bersepadu Pintas bersama beberapa agensi berkaitan.
Ketika serbuan dilakukan, terdapat puluhan warga asing sedang bekerja di kilang memproses barangan logam dan plastik.
Menyedari kehadiran pihak berkuasa, ada daripada mereka termasuk wanita melarikan diri lebih 200 meter di laluan khas itu sebelum dikesan bersembunyi di dalam semak berdekatan premis berkenaan.
Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, SAC Soffian Santong berkata, operasi dilakukan hasil maklumat dan risikan pihaknya mengenai PATI itu.
Beliau berkata, pemeriksaan membawa kepada penahanan seramai 62 individu berusia 20 hingga 40-an bagi tindakan lanjut.
“Antara yang ditahan termasuk tujuh wanita warga China, Myanmar, Indonesia,Kemboja, Bangladesh, Nepal dan Vietnam.
“Selain, tiga lelaki warga asing diselamatkan selepas disyaki menjadi mangsa pemerdagangan,” katanya.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.