
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Pati Bayar Rm8 000 Masuk Ke Malaysia
Kota Bharu, 7 April 2026 - Kegiatan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dipercayai mengenakan bayaran sehingga RM8,000 seorang untuk masuk ke n...
Kota Bharu, 7 April 2026 - Kegiatan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dipercayai mengenakan bayaran sehingga RM8,000 seorang untuk masuk ke negara ini terbongkar apabila seramai 20 warga Myanmar dicekup di sebuah rumah transit di Chabang Empat, Tumpat pada Sabtu.
Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Ahmad Radzi Hussain berkata, dalam serbuan itu, Pasukan Strike Force berjaya menahan enam wanita dan 14 lelaki berusia antara 19 hingga 36 tahun.
Menurut beliau, serbuan kira-kira jam 1.15 tengah hari itu dilakukan hasil maklumat risikan oleh anggota Strike Force Kompeni C dengan bantuan Kompeni B serta Risik Batalion 9 PGA.
"Hasil pemeriksaan mendapati kesemua PATI gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah.
"Siasatan awal mendapati mereka dipercayai memasuki negara ini melalui laluan tidak diwartakan dari Thailand menggunakan jalan sungai dengan bantuan ejen," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.