
Article
Keratan Akhbar Pilihan Pasukan Kedua Senoi Praaq Kesan Harimau Di Gua Musang
Ipoh, 15 Februari 2022 - Seramai 26 anggota Senoi Praaq dari Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor dikerah membantu penugasan mengesan dan mengawal harimau...
Ipoh, 15 Februari 2022 - Seramai 26 anggota Senoi Praaq dari Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor dikerah membantu penugasan mengesan dan mengawal harimau belang yang berkeliaran sekitar Pos Bihai di Gua Musang, Kelantan.
Timbalan Komander Briged Utara PGA, ACP Tuan Mohd. Noh Khamis berkata, mereka menggantikan anggota terdahulu yang melaksanakan operasi sama.
Menurut beliau, pasukan pertama seramai 29 anggota telah ditugaskan di sana selama tiga minggu sejak 19 Januari lalu.
Kata Tuan Mohd. Noh lagi, selain mengawal kehadiran haiwan liar itu, pasukan Senoi Praaq juga akan ditugaskan meronda bagi mengekang aktiviti hutan di sekitar Machang.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Kosmo.