Artikel
Timbalan Kpn Sampaikan P J P N Kepada Pesara Dato Mohamad Mokhtar
Petaling Jaya, 15 Februari 2022 - Ibarat pepatah klasik ada menyebut, tiada yang lama maka tiadalah yang baharu.

Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Razarudin Husain hari ini berbesar hati menyampaikan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N.) tanpa istiadat kepada pesara Dato' Mohamad Mokhtar Hasan yang merupakan bekas Pesuruhjaya Polis Sabah sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti beliau kepada Pasukan dan negara.
Penyampaian pingat dan sijil penghargaan tersebut telah disempurnakan di kediaman Dato' Mohamad di Damansara Emas, Kota Damansara, di sini.
P.J.P.N. adalah pingat yang dianugerahkan kepada pegawai dan anggota polis yang pernah mempertaruhkan nyawa demi mempertahan tanah air tercinta daripada pengganas komunis pada Era Darurat serta Era Insurgensi.
Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato' Sharul Laili Masduki, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Jabatan Pengurusan Bukit Aman, DCP Tuan Hj. Azmi Adam, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan, Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, SAC Tuan Mohd Soaihami Rahim dan Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Tuan Kamaruzaman Abdullah.
Jurugambar: Lans Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.