Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pakai Topi Keledar Yang Sesuai

Published: 09 Nov 2020 4.07 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Setiap manusia dijadikan berlainan, begitu juga dengan kepala. Tidak semua kepala manusia sama. Ada yang kecil, ada yang besar, ada yang bulat serta ada yang bujur.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pakai-topi-keledar-yang-sesuai
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:19 MYT

Setiap manusia dijadikan berlainan, begitu juga dengan kepala. Tidak semua kepala manusia sama. Ada yang kecil, ada yang besar, ada yang bulat serta ada yang bujur.

Oleh itu, jika anda hendak membeli helmet, cubalah terlebih dahulu. Apabila anda mencuba helmet, pastikan anda memakainya dengan betul dan ia betul-betul muat dengan kepala anda. Pastikan juga anda berasa selesa ketika memakai helmet tersebut.

Apabila membeli helmet, jangan jadikan harga sebagai ukuran. Helmet yang murah tidak bermakna ia mampu melindungi kepala anda. Ingatlah, kepala dan otak anda adalah lebih berharga daripada wang anda. Laburlah lebih wang untuk membeli helmet yang bagus serta berkualiti.

Helmet terdiri dari dua lapisan iaitu bahagian luar yang keras serta bahagian dalam yang lembut. Bahagian luaran helmet diperbuat daripada kombinasi fiber, kaca dan juga karbon yang boleh melindungi kepala dari kesan hantukan.

Manakala bahagian dalam helmet biasanya diperbuat daripada sejenis foam khas yang bertindak sebagai penyerap hentakan sekiranya kepala terhantuk pada benda yang keras.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

Sumber: Harian Metro

Image may contain: text that says 'PAKAI TOPI KELEDAR YANG SESUAI dijadikan memakainy benda APABILA memakai untuk digunakan bahagian ngberindak berinteraks
ArticlePublished 09 Nov 2020 4.07 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM