Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Padah Simpan Mercun Bunga Api Bernilai Rm1 2 Juta

Published: 22 Mar 2025 3.22 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Seorang lelaki diberkas, manakala mercun dan bunga api bernilai RM1.2 juta yang disimpan secara haram dirampas dalam serbuan polis di sebuah premis di Kampung Bukit Kuching, Jeram, dekat sini, pada Khamis.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-padah-simpan-mercun-bunga-api-bernilai-rm1-2-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:49 MYT
Klang, 22 Mac 2025 - Seorang lelaki diberkas, manakala mercun dan bunga api bernilai RM1.2 juta yang disimpan secara haram dirampas dalam serbuan polis di sebuah premis di Kampung Bukit Kuching, Jeram, dekat sini, pada Khamis.

Pembongkaran itu dilakukan Unit Risik Marin Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang menerusi Op Taring Landai.

Komander PPM Wilayah Satu, ACP Rusley Chi Ari berkata, serbuan dilakukan di sebuah premis hasil maklumat dan risikan.

"Anggota serbuan telah merampas 90 jenis mercun dan bunga api dianggar bernilai RM1.2 juta termasuk cukai.

“Seorang lelaki tempatan dipercayai pemilik kepada barang kes terbabit telah ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen sah membabitkan mercun dan bunga api itu," katanya pada Jumaat.

Beliau berkata, lelaki itu dan kesemua barang rampasan telah dibawa ke PPM Pelabuhan Klang untuk siasatan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 2 people and text
ArticlePublished 22 Mar 2025 3.22 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM