Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Operasi Bersepadu Khazanah Malaysia Jadi Transit Sindiket Dagang Hidupan Liar Haram

Diterbitkan: 18 Jun 2022 3.24 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia, Dato' Abdul Kadir Abu Hashim berkata, sebanyak 678 ekor spesies burung murai batu berjaya dirampas pihaknya sejak Januari 2022 sehingga Mei lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-operasi-bersepadu-khazanah-malaysia-jadi-transit-sindiket-dagang-hidupan-liar-haram
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:19 MYT
Kuala Lumpur, 18 Jun 2022 - Tidak hanya dijadikan transit utama sindiket dadah antarabangsa, malah Malaysia kini turut menjadi transit 'persinggahan' rangkaian sindiket pemerdagangan hidupan liar haram.

Ini terbukti apabila beribu burung murai batu berasal dari Thailand dirampas di negara ini oleh pihak berkuasa tempatan sejak awal tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia, Dato' Abdul Kadir Abu Hashim berkata, sebanyak 678 ekor spesies burung murai batu berjaya dirampas pihaknya sejak Januari 2022 sehingga Mei lalu.

Menurutnya, jumlah itu jelas meningkat berbanding 425 ekor spesis burung murai batu yang dirampas dalam tempoh sama tahun lalu.

Dato' Abdul Kadir berkata, pihaknya melakukan pelbagai inisiatif bagi mengekang aktiviti pemburuan haram melalui Op Bersepadu Khazanah (OBK).

Menurutnya, usaha itu dilakukan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Terbaru, pihaknya dengan bantuan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berjaya merampas 72 ekor burung murai batu susulan serbuan di sebuah kediaman di Taman Menglembu Impiana, Menglembu, Ipoh, Perak baru-baru ini.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.


May be an image of text that says 'dijadikan persingga- bunngmu Malaysia jadi transit sindiket dagang hidupan liar haram sejak dengan yang merampas burung
ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2022 3.24 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM