Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Operasi Bersepadu Khazanah 2 958 Haiwan Liar Berjaya Dirampas

Published: 10 Jan 2023 6.14 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 10 Januari 2023 - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) merampas 2,958 ekor haiwan liar hasil daripada 1,018 operasi membanteras kegiatan penyeludupan dan pemburuan haram di Semenanjung Malaysia pada tahun lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-operasi-bersepadu-khazanah-2-958-haiwan-liar-berjaya-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:12 MYT
Kuala Lumpur, 10 Januari 2023 - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) merampas 2,958 ekor haiwan liar hasil daripada 1,018 operasi membanteras kegiatan penyeludupan dan pemburuan haram di Semenanjung Malaysia pada tahun lalu.

Ketua Pengarah PERHILITAN, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, sepanjang operasi terbabit, pihakya telah merampas 114 ekor haiwan daripada spesies mamalia serta 344 bahagian.

Menurutnya, penguatkuasaan yang dijalankan meliputi Operasi
Jerat, Operasi Perniagaan, Operasi Penyeludupan, Operasi Pameran, Operasi Khas, Operasi Jenayah Siber serta sekatan jalan raya.

"Operasi dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta Orang Asli yang dilantik sebagai renjer hidupan liar.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian di lampiran.

 
ArticlePublished 10 Jan 2023 6.14 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM