Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Operasi Berjaya Jenayah Rentas Sempadan Berkurang

Diterbitkan: 07 Jan 2025 7.05 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kota Bharu, 7 Januari 2025 - Operasi besar-besaran oleh pihak berkuasa di kawasan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok dekat sini sejak 1 Disember tahun lalu berjaya mengurangkan jenayah rentas sempadan di negeri ini sehingga 90 peratus. Ketua Polis Kelantan, CP Dato' Mohd Yusoff Mamat berkata, penguatkuasaan yang dilakukan turut membantu mengurangkan kes-kes jenayah melibatkan penyeludupan dan penggunaan pangka
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-operasi-berjaya-jenayah-rentas-sempadan-berkurang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:30 MYT
Kota Bharu, 7 Januari 2025 - Operasi besar-besaran oleh pihak berkuasa di kawasan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok dekat sini sejak 1 Disember tahun lalu berjaya mengurangkan jenayah rentas sempadan di negeri ini sehingga 90 peratus.
Ketua Polis Kelantan, CP Dato' Mohd Yusoff Mamat berkata, penguatkuasaan yang dilakukan turut membantu mengurangkan kes-kes jenayah melibatkan penyeludupan dan penggunaan pangkalan haram di Sungai Golok.

Setakat ini katanya, tujuh tangkapan melibatkan kesalahan rentas sempadan telah dilakukan dan hukuman terhadap suspek terlibat sudah dijatuhkan mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155).

“Pihak berkuasa di Thailand juga menyambut baik undang-undang yang kita laksanakan ketika ini. Mereka menjalankan tindakan yang sama dengan menahan individu yang menyeberang sempadan.

“Kita juga mengenal pasti sebanyak 20 pangkalan haram yang aktif di sekitar Pasir Mas yang menjadi laluan utama penyeludup sepanjang operasi dijalankan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of 2 people and text
 
ArtikelDiterbitkan 07 Jan 2025 7.05 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM