
Article
Keratan Akhbar Pilihan Operasi Berjaya Jenayah Rentas Sempadan Berkurang
Kota Bharu, 7 Januari 2025 - Operasi besar-besaran oleh pihak berkuasa di kawasan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok dekat sini sejak 1 Disember tahun l...
Kota Bharu, 7 Januari 2025 - Operasi besar-besaran oleh pihak berkuasa di kawasan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok dekat sini sejak 1 Disember tahun lalu berjaya mengurangkan jenayah rentas sempadan di negeri ini sehingga 90 peratus.
Ketua Polis Kelantan, CP Dato' Mohd Yusoff Mamat berkata, penguatkuasaan yang dilakukan turut membantu mengurangkan kes-kes jenayah melibatkan penyeludupan dan penggunaan pangkalan haram di Sungai Golok.
Setakat ini katanya, tujuh tangkapan melibatkan kesalahan rentas sempadan telah dilakukan dan hukuman terhadap suspek terlibat sudah dijatuhkan mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155).
“Pihak berkuasa di Thailand juga menyambut baik undang-undang yang kita laksanakan ketika ini. Mereka menjalankan tindakan yang sama dengan menahan individu yang menyeberang sempadan.
“Kita juga mengenal pasti sebanyak 20 pangkalan haram yang aktif di sekitar Pasir Mas yang menjadi laluan utama penyeludup sepanjang operasi dijalankan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.