Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Op Selamat Lebih Dua Juta Pulang Ke Ibu Kota Trafik Sesak

Diterbitkan: 25 Jan 2023 7.12 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 25 Januari 2023 - Lebih dua juta kenderaan melalui tiga lebuh raya utama negara selepas pulang bercuti sempena perayaan Tahun Baharu Cina, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-op-selamat-lebih-dua-juta-pulang-ke-ibu-kota-trafik-sesak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:32 MYT
Petaling Jaya, 25 Januari 2023 - Lebih dua juta kenderaan melalui tiga lebuh raya utama negara selepas pulang bercuti sempena perayaan Tahun Baharu Cina, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato’ Sri Mat Kassim Karim berkata, setakat pukul 12 tengah hari semalam, sebanyak 1.8 juta kenderaan menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS).

“Kira-kira 115,158 buah kenderaan dikesan di Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) dan 160,088 lagi di Lebuh Raya KL-Karak.

“Antara laluan lazimnya sesak ialah di pintu masuk utama ke pusat bandar seperti Tol Gombak dan Plaza Tol Sungai Besai Besi dan Lebuh Raya Karak-Bentong dari arah Tol Bentong menghala ke Kuala Lumpur,” katanya semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia

May be an image of road and text
ArtikelDiterbitkan 25 Jan 2023 7.12 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM