Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Op Selamat Ke 18 Pupuk Sikap Pemandu Berhemah

Published: 23 Apr 2022 5.32 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Serdang, 23 April 2022 - Polis Diraja Malaysia menjalankan Program Jelajah Op Selamat ke-18 Sempena Hari Raya Aidilfitri bagi memberi pendedahan akan kepentingan keselamatan jalan raya sepanjang musim perayaan itu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-op-selamat-ke-18-pupuk-sikap-pemandu-berhemah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:50 MYT
Serdang, 23 April 2022 - Polis Diraja Malaysia menjalankan Program Jelajah Op Selamat ke-18 Sempena Hari Raya Aidilfitri bagi memberi pendedahan akan kepentingan keselamatan jalan raya sepanjang musim perayaan itu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, CP Datuk Wira Mat Kasim Karim berkata, program itu dilaksanakan selama tiga hari bermula semalam bersama Petroliam Nasional Berhad (Petronas) serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman.

"PDRM melalui Program Go To Safety Point (GTSP) melibatkan 47 buah stesen minyak Petronas terpilih di seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

"Kita akan berkonvoi ke stesen minyak terpilih dan menjalankan advokasi sambil menyantuni masyarakat agar mematuhi peraturan demi keselamatan diri dan keluarga di jalan raya," ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Jelajah Op Selamat ke-18 Sempena Hari Raya Aidilfitri dan GTSP di Stesen Petronas Solaris Putra, di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of 7 people, people standing and text that says 'Jelajah Ops Selamat ke-18 Aidilfitri diadakan selama tiga hari Pupuk sikap pemandu berhema
ArticlePublished 23 Apr 2022 5.32 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM