
Article
Keratan Akhbar Pilihan Op Selamat 22 Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 Lebuh Raya Antara 122 Lubuk Kemalangan Maut
Berdasarkan statistik Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, sebanyak 76 lagi lokasi melibatkan Jalan Persekutuan iaitu jalan yang mengh...
Petaling Jaya, 4 April 2024 - Sebanyak 122 kawasan panas dikenal pasti sebagai ‘lubuk’ kerap berlaku kemalangan maut pada musim perayaan dengan 46 lokasi melibatkan lebuh raya kendalian Plus Malaysia Berhad (PLUS) dan ANIH Berhad (ANIH).
Berdasarkan statistik Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, sebanyak 76 lagi lokasi melibatkan Jalan Persekutuan iaitu jalan yang menghubungkan pergerakan antara negeri ke negeri.
Pengarah JSPT, CP Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, jalan bandaran menyumbang 47.6 peratus kemalangan diikuti jalan negeri sebanyak 17.7 peratus.
Katanya, Jalan Persekutuan pula merekodkan sebanyak 12.9 peratus kemalangan maut berlaku selain di lebuh raya utama (11.1 peratus) dan lain-lain jalan sebanyak (10.7 peratus).
“JSPT bersama dengan agensi keselamatan jalan raya lain, mengambil langkah proaktif untuk mengurangkan kadar kemalangan sempena musim perayaan Aidilfitri bagi tahun ini.
“Semua Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah akan menganalisis statistik kemalangan ketika perayaan yang lepas. Ia bertujuan menilai, melihat dan mengatur gerak penugasan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di semua lokasi panas yang dikenal pasti,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.