
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Polis Pembela Pendidikan
Rakyat Malaysia semestinya terhutang budi kepada pasukan keselamatan negara khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sejak begitu lama mereka mendakap rapat cog...
Rakyat Malaysia semestinya terhutang budi kepada pasukan keselamatan negara khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sejak begitu lama mereka mendakap rapat cogan kata ‘Sedia Berkhidmat’ demi menjaga keamanan dan kesejahteraan negara ini.
Mereka taat menjalankan tugas siang dan malam, panas dan hujan, menghadapi berbagai ancaman sehingga rela berkorban nyawa sekali demi tugas.
Namun hidup mereka, umumnya agak sederhana tidak setanding pengorbanan yang diberikan. Berbanding dengan yang bersenang-lenang, hanya pandai mencuit itu dan ini. Sering tidak berpuas hati, tidak selesa dengan isu-isu yang remeh temeh. Lantas membuat aduan polis, terus menambahkan lagi beban serta kesibukan para anggota PDRM.
Perang mulut yang kian meningkat dini hari jelas menjadi penyebab kepada seluruh masyarakat, angkara segelintir kelompok yang bertikam lidah tiada henti. Yang tua tidak padan dengan tuanya, yang muda dengan kegilaan emosinya. Perkara yang kecil diperbesarkan, yang samar-samar diapi-apikan. Akhirnya polis turut terjebak apabila kata-kata menjadi bahan bakar justeru bermusuhan.
Merosakkan keheningan jiwa, memporak-perandakan peradaban dan ketenteraman suasana. Mengundang syak wasangka, menjahanamkan segala-gala. Hangus dijilat api keegoan yang buta punca. Polis terpaksa mara apabila laporan demi laporan dilancarkan sebagai jalan keluar mencari-cari kepuasan diri jua.
Polis terpilih umpama penimbang tara utama, meluruskan tatakelola yang melanggar etika. Penawar racun berbisa, tatkala tiada lagi penyembuh sempurna yang memberi makna kepada kehidupan cukup terseksa.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.