Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Op Selamat 18 Polis Bantu Penyuraian Trafik Di Tiga Pintu Masuk Ke Kl

Published: 09 May 2022 3.33 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur (KL), ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata, penempatan itu bagi memastikan trafik terkawal berikutan warga kota kembali ke ibu negara selepas cuti Aidilfitri.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-op-selamat-18-polis-bantu-penyuraian-trafik-di-tiga-pintu-masuk-ke-kl
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 10:49 MYT
Kuala Lumpur, 9 Mei 2022 - Polis semalam menempatkan anggotanya untuk membantu penyuraian trafik di tiga pintu masuk ke ibu negara dari arah Pantai Timur, selatan dan utara tanah air.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur (KL), ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata, penempatan itu bagi memastikan trafik terkawal berikutan warga kota kembali ke ibu negara selepas cuti Aidilfitri.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa bersiap siaga dalam menerima pertambahan mendadak kenderaan dan menasihati pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati.

"Jangan membuat kesalahan yang boleh membahayakan nyawa kepada kita sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

"Perancangan JSPT KL, kami meletakkan pasukan untuk membantu mereka yang pulang dari kampung masuk ke pusat bandar dan kembali ke rumah masing-masing dalam keadaan selamat," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'Polis bantu penyuraian trafik 3 pintu masuk ke KL Penempatan anggota pastikan laluan lancar selepas warga kota kembali O
ArticlePublished 09 May 2022 3.33 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM