Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Op Selamat 18 Lima Juta Kenderaan Masuki Lebuh Raya Mulai Jumaat

Diterbitkan: 30 Apr 2022 6.07 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 30 April 2022 - Polis menjangkakan sebanyak lima juta kenderaan akan berada di seluruh lebuh raya negara bermula Jumaat untuk pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 3 Mei ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-op-selamat-18-lima-juta-kenderaan-masuki-lebuh-raya-mulai-jumaat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 08:13 MYT
Kuala Lumpur, 30 April 2022 - Polis menjangkakan sebanyak lima juta kenderaan akan berada di seluruh lebuh raya negara bermula Jumaat untuk pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 3 Mei ini.

Timbalan Pengarah I Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, DCP Dato' Mohd Nadzri Hussain berkata, trend peningkatan itu dikesan terutama di Lembah Klang disebabkan pergerakan orang ramai untuk persiapan raya.

Menurutnya, pergerakan akan mula sesak apabila orang ramai mula pulang ke pantai timur, utara dan selatan.

"Kita jangkakan sebanyak lima juta kenderaan akan berada di lebuh raya bermula Jumaat.

"Pemantauan polis di stesen bas juga mendapati tiket habis dijual. Kita nampak semua orang berpusu-pusu pulang ke kampung," katanya ketika ditemui di Bukit Aman, di sini pada Khamis.

Beliau mengingatkan pengguna jalan raya untuk patuhi peraturan lalu lintas, pastikan kenderaan dalam keadaan baik, rancang pergerakan pulang selain memastikan diri dalam keadaan bersedia serta tidak letih.

Selain itu, beliau menasihati para pemandu kenderaan untuk memandu secara lebih berhemah dengan tidak menggunakan lorong kecemasan dan langgar peraturan lampu isyarat.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 2 people, car, road and text that says 'juta kenderaan masuki lebuh raya menjangkakan ramai persiapan Trendpeningkatan itu dikesan terut
ArtikelDiterbitkan 30 Apr 2022 6.07 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM