Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Op Selamat 18 166 Maut Sepanjang 10 Hari Op Selamat 18 Timbalan Kpn

Diterbitkan: 10 May 2022 12.51 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 10 Mei 2022 - Sejumlah 166 kematian akibat kemalangan dilaporkan di seluruh negara sepanjang 10 hari Op Selamat 18 diadakan bermula 29 April lalu hingga tengah malam kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-op-selamat-18-166-maut-sepanjang-10-hari-op-selamat-18-timbalan-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 08:31 MYT
Kuala Lumpur, 10 Mei 2022 - Sejumlah 166 kematian akibat kemalangan dilaporkan di seluruh negara sepanjang 10 hari Op Selamat 18 diadakan bermula 29 April lalu hingga tengah malam kelmarin.
Ia mencatatkan peningkatan seramai enam orang berbanding Op Selamat 15 yang dilaksanakan ketika Aidilfitri pada 2019 sebelum pandemik COVID-19 melanda.
Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Razarudin Husain memberitahu BH semalam, jumlah nahas direkodkan dalam Op Selamat 18 adalah sebanyak 15,947 kes dengan 150 adalah kemalangan maut. "Jumlah kemalangan meningkat sebanyak satu peratus atau 111 kes berbanding 15,836 yang direkodkan dalam Op Selamat 15. "Selepas dua tahun rakyat tidak dapat pulang ke kampung disebabkan COVID-19, tahun ini orang ramai ambil kesempatan merayakan Aidilfitri dengan jumlah kenderaan dianggarkan lebih lima juta. Saya melihat statistik Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) ini adalah terkawal," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 10 May 2022 12.51 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM