Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Op Lancar Catat 18 Kematian Pada Hari Ke 4

Published: 03 Jul 2023 3.59 AM Updated: 15 Aug 2026 8.23 PM
Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato’ Sri Mat Kasim Karim berkata, polis merekodkan sebanyak 1,691 kes kemalangan direkodkan pada hari sama.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-op-lancar-catat-18-kematian-pada-hari-ke-4
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:55 MYT
Kuala Lumpur, 3 Julai 2023 - Hari keempat Op Lancar mencatatkan sebanyak 18 kemalangan maut melibatkan 18 individu di seluruh negara pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato’ Sri Mat Kasim Karim berkata, polis merekodkan sebanyak 1,691 kes kemalangan direkodkan pada hari sama.

"Motosikal mencatatkan kemalangan maut tertinggi membabitkan 13 penunggang, pemandu kereta (3), pemandu kenderaan pacuan empat roda (1) dan van (1)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Op Lancar yang diadakan selama lima hari bermula Rabu sehingga semalam sempena perayaan Aidiladha bertujuan memantau dan mengambil tindakan penyuraian lalu lintas di semua persimpangan lampu isyarat atau persimpangan yang dijangka akan berlaku kesesakan melampau.

Sumber: Sinar Harian

May be an image of 1 person and text
ArticlePublished 03 Jul 2023 3.59 AMUpdated 15 Aug 2026 8.23 PM