Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Op Lampu Isyarat Merah Penjara 6 Bulan Jika Langgar Lampu Isyarat

Published: 05 Aug 2023 7.39 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Timbalan Pengarah I, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, DCP Dato’ Mohd Nasri Omar berkata, tidak patuh lampu isyarat merah merupakan kesalahan utama dan sering dilakukan sehingga boleh menyebabkan kemalangan jalan raya hingga meragut nyawa.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-op-lampu-isyarat-merah-penjara-6-bulan-jika-langgar-lampu-isyarat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:24 MYT
Kuala Lumpur, 5 Ogos 2023 - Tindakan tidak mematuhi lampu isyarat merah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan.

Timbalan Pengarah I, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, DCP Dato’ Mohd Nasri Omar berkata, tidak patuh lampu isyarat merah merupakan kesalahan utama dan sering dilakukan sehingga boleh menyebabkan kemalangan jalan raya hingga meragut nyawa.

"Op Lampu Isyarat Merah telah dilaksanakan serta-merta menerusi Op Pematuhan Peraturan Lalu Lintas," katanya.

Tambah Dato’ Mohd Nasri, mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan.

Pada 28 Julai, JSPT Bukit Aman memaklumkan pelaksanaan enam operasi khas bagi mendidik dan mempertingkat kesedaran kepada pengguna jalan raya meliputi Op Lampu Isyarat Merah, Op Nombor Pendaftaran, Op Halangan Lalu Lintas, Op Garisan Putih, Op Parkir Haram dan kempen Op Didik.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

May be an image of 1 person and text
ArticlePublished 05 Aug 2023 7.39 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM