Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Op Kontraban Ppm Rampas Arak Rokok Dan Mercun Bernilai Rm1 4 Juta Dalam Dua Serbuan Di Sarawak

Published: 07 Aug 2021 2.15 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Komander PPM Wilayah Lima, ACP Tuan Zulfikar Mohd Ghazali berkata, dalam kes pertama di Sri Aman kira-kira jam 10.50 pagi kelmarin, sepasukan pegawai dan anggota Unit Risik Marin (URM) membuat serbuan di sebuah premis di Jalan Perumahan Rakyat, Sri Aman.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-op-kontraban-ppm-rampas-arak-rokok-dan-mercun-bernilai-rm1-4-juta-dalam-dua-serbuan-di-sarawak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:29 MYT
Kuching, 7 Ogos 2021 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima merampas minuman keras, rokok dan mercun bernilai RM1.4 juta dalam dua serbuan berasingan dalam Op Kontraban di Limbang dan Sri Aman, kelmarin.

Komander PPM Wilayah Lima, ACP Tuan Zulfikar Mohd Ghazali berkata, dalam kes pertama di Sri Aman kira-kira jam 10.50 pagi kelmarin, sepasukan pegawai dan anggota Unit Risik Marin (URM) membuat serbuan di sebuah premis di Jalan Perumahan Rakyat, Sri Aman.

"Kesemua minuman keras bernilai RM113,366.30 itu dirampas untuk siasatan lanjut manakala suspek kemudiannya ditangkap dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Sri Aman untuk tindakan selanjutnya,”katanya.

Dalam kes kedua, sepasukan pegawai dan anggota URM diketuai Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Parum Niot menyerbu sebuah rumah burung walet di Kilometer 7 Jalan Kubong, Limbang kira-kira jam 5.30 petang.

Tuan Zulfikar berkata, hasil pemeriksaan dalam rumah burung walet itu, pasukan serbuan telah menjumpai barangan iaitu rokok, minuman keras pelbagai jenis serta mercun disyaki tanpa cukai kastam.

"Rampasan terbabit ialah 153 kotak mengandungi 1,160 karton rokok pelbagai jenama bernilai RM1,221,024, enam botol arak pelbagai jenama bernilai RM25,964 dan 12 kotak mercun bernilai RM16,560 menjadikan nilai keseluruhan rampasan di Limbang itu berjumlah RM1,263,548," kata beliau.

Katanya lagi, kes itu disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

ArticlePublished 07 Aug 2021 2.15 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM