Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Fact Alert Polis Menafikan Video Pergaduhan Yang Tular Berlaku Di Rembau

Diterbitkan: 07 Aug 2021 1.03 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Polis menafikan video tular membabitkan pergaduhan, yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp berlaku di Kampung Chembong Halt Kecil, dekat sini. Sebaliknya, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan, Hazri Mohamad berkata, lokasi pergaduhan dalam video tular berkenaan dikesan berlaku di Mexico.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/fact-alert-polis-menafikan-video-pergaduhan-yang-tular-berlaku-di-rembau
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:09 MYT
Rembau, 7 Ogos 2021 - Polis menafikan video tular membabitkan pergaduhan, yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp berlaku di Kampung Chembong Halt Kecil, dekat sini.
 
Sebaliknya, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan, Hazri Mohamad berkata, lokasi pergaduhan dalam video tular berkenaan dikesan berlaku di Mexico.

Tegas beliau, dakwaan mengatakan kes pergaduhan berkenaan berlaku di daerah ini merupakan berita palsu yang boleh menimbulkan kegusaran penduduk setempat.

“Jangan sebarkan berita yang belum tahu kesahihan berlaku di kawasan Rembau dan akan menimbulkan kegusaran serta kebimbangan masyarakat setempat,” katanya ketika dihubungi semalam.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.utusan.com.my/.../08/di-mexico-bukan-di-rembau/

Di Mexico bukan di Rembau
ArtikelDiterbitkan 07 Aug 2021 1.03 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM