Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Op Kontraban Polis Rampas 2 474 Karton Rokok Seludup Dalam Banglo

Published: 15 Jun 2022 3.52 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan, SAC Datuk Mohd Nor Yhazid Idris berkata, serbuan dilakukan hasil risikan dan intipan dilakukan pihaknya sejak beberapa minggu lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-op-kontraban-polis-rampas-2-474-karton-rokok-seludup-dalam-banglo
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:07 MYT
Kota Bharu, 15 Jun 2022 - Polis Kelantan merampas 2,474 karton rokok seludup pelbagai jenama menerusi serbuan di sebuah rumah banglo di Kampung Telok Kitang, Pengkalan Chepa, Ahad lalu.

Op Kontraban dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan jam 10 malam itu turut membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan berusia 30-an.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan, SAC Datuk Mohd Nor Yhazid Idris berkata, serbuan dilakukan hasil risikan dan intipan dilakukan pihaknya sejak beberapa minggu lalu.

"Semua rampasan membabitkan 2,474 karton rokok dengan nilai keseluruhan sebanyak RM277,000," katanya di sini, semalam.

"Hasil soal siasat juga mendapati suspek mengaku terbabit kegiatan penyeludupan rokok sejak Mac lalu.

"Suspek kini direman empat hari sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967," katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 3 people and text
ArticlePublished 15 Jun 2022 3.52 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM