Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Op Khazanah 11 Penyu Hijau Dilapah Dan Dimasak

Published: 03 Oct 2021 1.39 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Malah, semua bangkai penyu hijau berkenaan ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila dibiarkan mereput dengan perut terburai dibuang merata tempat.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-op-khazanah-11-penyu-hijau-dilapah-dan-dimasak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:12 MYT
Kota Kinabalu, 3 Oktober 2021 – Dilapah, dimasak sebelum isinya dikumpulkan di dalam karung. Itu nasib 11 penyu hijau yang ditemui ditinggalkan di perairan Pantau-Pantau, Pulau Bum-Bum, Semporna, Sabah semalam.

Malah, semua bangkai penyu hijau berkenaan ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila dibiarkan mereput dengan perut terburai dibuang merata tempat.

Komander Briged Sabah, Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Tuan Abdul Rani Alias berkata, semua bangkai berkenaan ditemui jam 6 pagi dalam Op Bersepadu Khazanah yang dijalankan bersama Jabatan Hidupan Liar dan Jabatan Perhutanan.

Katanya, pasukan operasi turut menemui sebatang kait dipercayai digunakan untuk menangkap penyu.

Tuan Abdul Rani berkata, semua penemuan termasuk peralatan memasak kemudiannya dirampas sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna untuk tindakan selanjutnya.

"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar (EPHL) 1997." katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of outdoors and text that says 'Oleh Juwan Riduan am@hmetro.com.my Kota Kinabalu ilapah, dimasak sebelum isinya penyu ditemui menyayat nang
ArticlePublished 03 Oct 2021 1.39 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM