Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Op Khazanah 103 Lubang Digunakan Untuk Melombong Emas Secara Haram Ditemui Dalam Hutan Simpan

Published: 17 Oct 2021 2.48 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Lahad Datu, 17 Oktober 2021 – Penemuan ratusan lubang lombong di Sungai Bole dalam Hulan Simpan Ulu Segama Malua di Lembah Danum, dekat sini, berjaya membongkar kegiatan melombong emas secara haram di kawasan itu yang dipercayai bermula sejak tahun 90-an.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-op-khazanah-103-lubang-digunakan-untuk-melombong-emas-secara-haram-ditemui-dalam-hutan-simpan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:30 MYT
Lahad Datu, 17 Oktober 2021 – Penemuan ratusan lubang lombong di Sungai Bole dalam Hulan Simpan Ulu Segama Malua di Lembah Danum, dekat sini, berjaya membongkar kegiatan melombong emas secara haram di kawasan itu yang dipercayai bermula sejak tahun 90-an.

Kegiatan itu berjaya dikesan dalam Operasi Bersepadu Khazanah, baru-baru ini yang turut disertai Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah, Jabatan Perhutanan Sabah (JPS), Jabatan Hidupan Liar (JHL) dan WWF Malaysia serta agensi lain.

Timbalan Komander PGA Briged Sabah, ACP Tuan Toipi Lamat berkata, lokasi kegiatan mencuri khazanah negara itu dikesan pada 21 Ogos lalu hasil risikan dan maklumat awam.

Katanya, lokasi berkenaan ditemui pasukan operasi selepas menempuhi perjalanan selama lapan hari.

“Kemudian operasi pengeledahan dijalankan dengan yang terakhir pada 8 Oktober lalu.
“Berdasarkan maklumat diterima, aktiviti melombong emas di kawasan hulu sungai sudah berlarutan sejak tahun 90-an lagi,” katanya di sini, semalam.

Ikuti kupasan lanjut pembongkaran kegiatan melombong emas secara haram di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 17 Oct 2021 2.48 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM