
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Obk2 Tumpu Perairan Johor
Operasi Benteng Khas Siri 2 (OBK2), diaktifkan di Sektor 8 dan pesisir pantai negeri Johor berikutan statistik pembolosan pendatang asing tanpa izin (PATI) yan...
Operasi Benteng Khas Siri 2 (OBK2), diaktifkan di Sektor 8 dan pesisir pantai negeri Johor berikutan statistik pembolosan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang tinggi dan kawasan tersebut kekal sebagai 'hotspot' di Paksi Ancaman 3 Op Benteng.
OBK2 dilaksanakan mulai 13 Mac -16 Mac 2022 dengan penglibatan 18 agensi di bawah National Task Force (NTF) iaitu dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melibatkan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Turut sama, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melibatkan Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Gerakan Udara (PGU) dan Pasukan Polis Marin (PPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan lain-lain agensi yang melaksanakan rondaan termasuk menguatkuasakan undang-undang di kawasan perairan dan pesisir pantai negeri Johor.
Antara objektif OBK adalah untuk menilai keupayaan dan kecekapan serta kesiagaan aset komponen daratan, maritim dan udara, di samping mempraktikkan Perintah, Kawalan dan Komunikasi dalam struktur Op Benteng sedia ada serta meningkatkan ‘situational awareness' dan ‘land and maritime domain awareness’ antara agensi-agensi yang terlibat dalam menjalankan Operasi Bersepadu untuk mengekang kemasukan PATI.
OBK2 juga merupakan usaha NTF dalam mengemaskini serta menambah baik Prosedur Tetap Operasi (PTO) setiap komponen berdasarkan penilaian terhadap sebarang tindakan yang dilaksanakan di lapangan.
Ikuti kupasan lanjut berkenaan OBK2 yang dijalankan oleh agensi-agensi di bawah NTF bagi mengekang kemasukan PATI di negeri Johor menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.