Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Obk Tiga Diberkas Simpan Dua Kucing Batu

Diterbitkan: 20 Jan 2025 7.25 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 20 Januari 2025 - Ada individu yang sanggup membayar beribu ringgit bagi mendapatkan seekor kucing batu (Prionailurus Bengalensis) yang dijerat secara haram.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-obk-tiga-diberkas-simpan-dua-kucing-batu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:22 MYT
Kuala Lumpur, 20 Januari 2025 - Ada individu yang sanggup membayar beribu ringgit bagi mendapatkan seekor kucing batu (Prionailurus Bengalensis) yang dijerat secara haram.

Spesies haiwan liar hampir pupus ini yang diniagakan di pasaran gelap dan dalam talian didapati mendapat permintaan tinggi dalam kalangan peminat haiwan peliharaan eksotik.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia, Dato’ Abdul Kadir Abu Hashim berkata, terbaharu dua ekor anak kucing batu ini diselamatkan susulan operasi dilakukan pihaknya di Hulu Langat, Selangor.

Beliau berkata, menerusi Op Bersepadu Khazanah (OBK), sepasukan pegawai PERHILITAN Selangor dan Wilayah Persekutuan disertai pegawai Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman menyerbu sebuah kediaman jam 10 malam kelmarin.

“Hasil pemeriksaan lanjut menemui dua ekor anak kucing batu, enam ekor pelanduk dan seekor kijang yang sudah disembelih.

“Semua hidupan liar itu diburu haram dipercayai secara haram untuk dijual selain mendapatkan dagingnya,” katanya semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.


May be an image of slow loris and text
ArtikelDiterbitkan 20 Jan 2025 7.25 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM