Article
Keratan Akhbar Pilihan Obk Tiga Diberkas Simpan Dua Kucing Batu
Kuala Lumpur, 20 Januari 2025 - Ada individu yang sanggup membayar beribu ringgit bagi mendapatkan seekor kucing batu (Prionailurus Bengalensis) yang dijerat s...
Kuala Lumpur, 20 Januari 2025 - Ada individu yang sanggup membayar beribu ringgit bagi mendapatkan seekor kucing batu (Prionailurus Bengalensis) yang dijerat secara haram.
Spesies haiwan liar hampir pupus ini yang diniagakan di pasaran gelap dan dalam talian didapati mendapat permintaan tinggi dalam kalangan peminat haiwan peliharaan eksotik.
Beliau berkata, menerusi Op Bersepadu Khazanah (OBK), sepasukan pegawai PERHILITAN Selangor dan Wilayah Persekutuan disertai pegawai Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman menyerbu sebuah kediaman jam 10 malam kelmarin.
“Hasil pemeriksaan lanjut menemui dua ekor anak kucing batu, enam ekor pelanduk dan seekor kijang yang sudah disembelih.
“Semua hidupan liar itu diburu haram dipercayai secara haram untuk dijual selain mendapatkan dagingnya,” katanya semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.