Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Obk Teruja Bertukar Nestapa Seramai 22 Individu Dicekup Bersama 40 Burung Murai Batu Di Pertandingan Kicauan Burung

Published: 14 Aug 2024 3.02 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 14 Ogos 2024 - Keterujaan sekumpulan peminat kicauan burung berkumpul bagi menyertai pertandingan suara burung paling ‘lunak' bertukar kejutan apabila mereka diserbu sepasukan pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan Pasukan Gerakan Am, Polis Diraja Malaysia.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-obk-teruja-bertukar-nestapa-seramai-22-individu-dicekup-bersama-40-burung-murai-batu-di-pertandingan-kicauan-burung
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:33 MYT
Keratan Akhbar Pilihan Obk Teruja Bertukar Nestapa Seramai 22 Individu Dicekup Bersama 40 Burung Murai Batu Di Pertandingan Kicauan Burung
Home / Article / Keratan Akhbar Pilihan Obk Teruja Bertukar Nestapa Seramai 22 Individu Dicekup Bersama 40 Burung Murai Batu Di Pertandingan Kicauan Burung
Back to Library
Article

Keratan Akhbar Pilihan Obk Teruja Bertukar Nestapa Seramai 22 Individu Dicekup Bersama 40 Burung Murai Batu Di Pertandingan Kicauan Burung

Kuala Lumpur, 14 Ogos 2024 - Keterujaan sekumpulan peminat kicauan burung berkumpul bagi menyertai pertandingan suara burung paling ‘lunak' bertukar kejutan ap...
Kuala Lumpur, 14 Ogos 2024 - Keterujaan sekumpulan peminat kicauan burung berkumpul bagi menyertai pertandingan suara burung paling ‘lunak' bertukar kejutan apabila mereka diserbu sepasukan pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan Pasukan Gerakan Am, Polis Diraja Malaysia.
Jurucakap PERHILITAN berkata, operasi bersepadu itu diadakan di Rawang, Selangor, kelmarin, hasil maklumat diperolehi berhubung aktiviti itu.
Menurutnya, seramai 22 individu yang disyaki sebagai pemilik burung murai batu ditahan.
“Serbuan dilakukan pegawai Unit Jenayah Hidupan Liar atau Wildlife Crime Unit itu berjaya menyita 40 ekor burung murai batu.
“Anggaran nilai burung murai batu yang disita sekitar RM1.2 juta. Ketika serbuan dilakukan, ada beberapa individu cuba melarikan diri namun berjaya diberkas anggota operasi,” katanya.
“Kes disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716),” katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
 
ArticlePublished 14 Aug 2024 3.02 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM