
Artikel
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Pertaruh Nyawa Demi Rm2 800 Lelaki Ditahan Bawa Dadah Bernilai Rm2 6 Juta
Sepang, 14 Ogos 2024 - Nyawanya hanya semurah RM2,800 apabila seorang penganggur sanggup mengambil risiko ke tali gantung bagi menjalankan misi menghantar dada...
Sepang, 14 Ogos 2024 - Nyawanya hanya semurah RM2,800 apabila seorang penganggur sanggup mengambil risiko ke tali gantung bagi menjalankan misi menghantar dadah seberat 50 kilogram (kg).
Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Hussein Omar Khan berkata, dalam serbuan pada jam 4.30 pagi Khamis lalu, polis menemui 50 bungkusan berwarna biru dan hijau yang dilabel sebagai teh herba ‘Chinese Pin Wei' dalam sebuah kereta.
“Suspek yang ditahan sudah berkahwin, tidak bekerja dan mempunyai enam rekod lampau.
“Hasil saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di sini, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.