
Article
Keratan Akhbar Pilihan Obk Polis Dan Perhilitan Serbu Markas Pemburu Haram
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
Kuala Lumpur, 17 Julai 2023 - Menjadikan rumah kongsi pekerja asing sebagai ‘markas’ pemburu haram mengumpulkan hasil jerat membabitkan pelbagai haiwan liar dilindungi.
Malah, kediaman terletak di Lenggong, Perak itu, dipercayai dijadikan lokasi melapah haiwan ditangkap membabitkan kambing gurun dan harimau kumbang.
Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara ( PERHILITAN) Semenanjung Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, kegiatan itu berjaya ditumpaskan hasil Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Zon Utara membabitkan kerjasama pegawai Perhilitan dan Pasukan Gerakan Am serta Pasukan Simpanan Persekutuan.
Menurutnya, siasatan berhubung jenayah hidupan liar dilakukan terhadap sebuah kediaman rumah kongsi di Kampung Beng, Lenggong, Perak pada jam 7.30 pagi kelmarin.
“Seramai 17 penghuni di rumah kongsi itu disoal siasat membabitkan seorang lelaki tempatan, empat warga Myanmar dan 12 warga Indonesia. Hasil pemeriksaan di kediaman itu menemui beberapa bahagian hidupan liar dan jerat yang disimpan secara haram oleh penghuninya,” katanya.
Menurutnya, antara ditemui adalah kaki kambing gurun, ekor harimau kumbang, tengkorak hidupan liar dan berpuluh duri landak raya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.