Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Obk Pihak Berkuasa Rampas Daging Rusa Dan Kijang Haram Bernilai Rm20 Ribu

Published: 30 Apr 2023 1.19 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia, Dato' Abdul Kadir Abu Hashim berkata, kejayaan itu adalah hasil Op Bersepadu Khazanah (OBK) membabitkan pegawai dan anggota PERHILITAN, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia serta Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-obk-pihak-berkuasa-rampas-daging-rusa-dan-kijang-haram-bernilai-rm20-ribu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:16 MYT
Putrajaya, 30 April 2023 - Jadikan rusa dan kijang diburu secara haram sebagai hidangan istimewa Syawal.

Malangnya kegiatan pemburuan haram hidupan liar dilindungi itu berjaya dikesan pihak berkuasa sebelum suspek warga tempatan diberkas di rumahnya di Jerantut, Pahang.

Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia, Dato' Abdul Kadir Abu Hashim berkata, kejayaan itu adalah hasil Op Bersepadu Khazanah (OBK) membabitkan pegawai dan anggota PERHILITAN, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia serta Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu.

“Seorang lelaki tempatan berusia 40-an ditahan selepas disyaki melakukan kegiatan pemburuan haram.

“Hasil pemeriksaan di kediaman berkenaan, pihak berkuasa menemui peti sejuk beku berisi bahagian hidupan liar yang sudah dilapah,” katanya.

Menurutnya, antara bukti dirampas adalah kepala kijang, empat bahagian kaki kijang, bahagian badan kijang dan bahagian anggota rusa sambar.

“Semua rampasan hidupan liar itu dianggarkan bernilai RM20,000. Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut untuk tindakan lanjut," katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam artikel terbitan Harian Metro.

May be an image of text that says 'B1 43 ANTARA bahagian hidupan Oleh Mohd amilul Anbia Denin anbia@hmetro.com.my Putrajaya adikan rusa dan kijang wa Syawa
ArticlePublished 30 Apr 2023 1.19 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM