Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Obk Lelaki Ditahan Biak Bekal Burung Ruak Ruak Secara Haram

Published: 18 Nov 2023 1.37 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Itu tindakan dilakukan seorang lelaki tempatan yang diberkas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia selepas dikesan mengaut keuntungan hasil kegiatan jenayah pemerdagangan hidupan liar.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-obk-lelaki-ditahan-biak-bekal-burung-ruak-ruak-secara-haram
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:33 MYT
Kuala Lumpur, 18 November 2023 - Aktif biak dan bekal spesies burung ruak-ruak secara haram untuk dijual di pasaran gelap tempatan.

Itu tindakan dilakukan seorang lelaki tempatan yang diberkas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia selepas dikesan mengaut keuntungan hasil kegiatan jenayah pemerdagangan hidupan liar.

Ketua Pengarah PERHILITAN, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, risikan dilakukan terhadap kegiatan suspek sejak lebih sebulan lalu.

Menurutnya, suspek dikesan menganggotai kumpulan peminat burung ruak-ruak yang menjual burung ini sehingga RM5,000 seekor bagi burung denak atau pemikat.

“Susulan daripada maklumat yang diperolehi, sepasukan anggota PERHILITAN diketuai pegawai Celescoriano Razond melakukan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) bersama 11 anggota Pasukan Gerakan Am sekitar jam 6.30 petang kelmarin.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text
ArticlePublished 18 Nov 2023 1.37 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM