Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Obk Kilang Kaolin Haram Digempur

Published: 14 Mar 2026 6.20 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Ipoh, 14 Mac 2026 - Polis menggempur sebuah kilang yang memproses bahan mineral jenis kaolin secara haram dengan nilai rampasan dianggarkan RM6.2 juta dalam satu Op Bersepadu Khazanah yang dijalankan pada Khamis.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-obk-kilang-kaolin-haram-digempur
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:07 MYT
Ipoh, 14 Mac 2026 - Polis menggempur sebuah kilang yang memproses bahan mineral jenis kaolin secara haram dengan nilai rampasan dianggarkan RM6.2 juta dalam satu Op Bersepadu Khazanah yang dijalankan pada Khamis.
Operasi oleh Polis Diraja Malaysia melalui Cawangan Risik Ibu Pejabat Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) itu turut melibatkan kerjasama Jabatan Mineral dan Geosains Perak serta Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.
Komander Briged Utara PGA, SAC Balveer Singh Mahindar Singh berkata, serbuan di sebuah kilang di Tanjung Rambutan itu membawa kepada penahanan enam individu termasuk seorang lelaki tempatan yang dipercayai pengarah syarikat.
Menurutnya, turut ditahan ialah seorang lelaki warga China, tiga lelaki warga Bangladesh serta seorang wanita warga Indonesia yang disyaki terlibat dalam aktiviti memproses mineral tanpa kelulusan pihak berkuasa.
"Hasil pemeriksaan lanjut di premis tersebut menemui sejumlah besar tanah putih atau kaolin yang sedang diproses selain pelbagai mesin dan jentera yang digunakan bagi tujuan pemprosesan bahan mineral berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.
 
ArticlePublished 14 Mar 2026 6.20 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM