
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Obk Geng Ninja Turtle Tumpas
Sindiket didalangi beberapa warga tempatan dikenali sebagai Geng Ninja Turtle itu mampu mengaut keuntungan sehingga berjuta ringgit hanya melalui kegiatan menj...
Kuala Lumpur, 2 Julai 2024 - Satu sindiket penyeludupan kura-kura antarabangsa paling licik dan terbesar di Asia Tenggara ditumpaskan pihak berkuasa Malaysia.
Sindiket didalangi beberapa warga tempatan dikenali sebagai Geng Ninja Turtle itu mampu mengaut keuntungan sehingga berjuta ringgit hanya melalui kegiatan menjual pelbagai spesies kura-kura dilindungi di pasaran gelap.
Sindiket itu yang menjadi buruan sejak beberapa tahun lalu akhirnya berjaya ditumpas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia hasil risikan dilakukan.
Ketua Pengarah PERHILITAN, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, operasi membenteras jenayah pemerdagangan haiwan liar dilindungi itu turut dibantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK).
Katanya, dalam operasi jam 1 pagi, Sabtu lalu, sepasukan pegawai Wildlife Crime Unit PERHILITAN diketuai Celescoriano Razond serta anggota Pasukan Gerakan Am PDRM melakukan pemeriksaan di sebuah premis di Taman Subang Mewah, Selangor.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.