Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Obk Geng Ninja Turtle Tumpas

Published: 02 Jul 2024 1.29 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Sindiket didalangi beberapa warga tempatan dikenali sebagai Geng Ninja Turtle itu mampu mengaut keuntungan sehingga berjuta ringgit hanya melalui kegiatan menjual pelbagai spesies kura-kura dilindungi di pasaran gelap.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-obk-geng-ninja-turtle-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:37 MYT
Kuala Lumpur, 2 Julai 2024 - Satu sindiket penyeludupan kura-kura antarabangsa paling licik dan terbesar di Asia Tenggara ditumpaskan pihak berkuasa Malaysia.

Sindiket didalangi beberapa warga tempatan dikenali sebagai Geng Ninja Turtle itu mampu mengaut keuntungan sehingga berjuta ringgit hanya melalui kegiatan menjual pelbagai spesies kura-kura dilindungi di pasaran gelap.

Setiap ekor kura-kura mampu dijual mencecah antaraRM2,000 hingga RM3,000 seekor berdasarkan kesukaran spesies diperolehi, corak fizikal dan saiz.

Sindiket itu yang menjadi buruan sejak beberapa tahun lalu akhirnya berjaya ditumpas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia hasil risikan dilakukan.

Ketua Pengarah PERHILITAN, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, operasi membenteras jenayah pemerdagangan haiwan liar dilindungi itu turut dibantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK).

Katanya, dalam operasi jam 1 pagi, Sabtu lalu, sepasukan pegawai Wildlife Crime Unit PERHILITAN diketuai Celescoriano Razond serta anggota Pasukan Gerakan Am PDRM melakukan pemeriksaan di sebuah premis di Taman Subang Mewah, Selangor.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of turtle and text
ArticlePublished 02 Jul 2024 1.29 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM