Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Obk 8 Lori Bawa 480 Tan Batuan Tanpa Dokumen Ditahan

Published: 14 Sep 2024 3.27 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Datuk Dr. Yusri Zakariah berkata, OBK dilancarkan dengan kerjasama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1, Pelabuhan Klang dan Unit Penguatkuasaan dari Pejabat Daerah Tanah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-obk-8-lori-bawa-480-tan-batuan-tanpa-dokumen-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 19:13 MYT
Pelabuhan Klang, 14 September 2024 - Lapan lori yang membawa 480 tan bahan batuan tanpa dokumen sah ditahan di daerah Sepang, Klang, Kuala Selangor, Kuala Langat dalam Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) selama tiga hari yang berakhir semalam.

Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Datuk Dr. Yusri Zakariah berkata, OBK dilancarkan dengan kerjasama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1, Pelabuhan Klang dan Unit Penguatkuasaan dari Pejabat Daerah Tanah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Menurutnya, pemandu lori turut ditahan untuk diambil keterangan, manakala kenderaan digunakan disita.

“Hasil pemeriksaan mendapati lapan lori terbabit tidak mempunyai permit atau dokumen sah mengikut Seksyen 426 KTN (Akta 628) dan Enakmen Mineral (Selangor) 2000.

“Siasatan mendapati, dua dari lapan lori terbabit dari Nilai, Negeri Sembilan. Hasil rampasan dianggarkan berjumlah RM1 juta membabitkan jentera dan bahan batuan.

“Kita ambil keterangan dari setiap pemandu lori dari segi operasinya, siapa syarikat mereka bekerja. Selepas mendapat semua maklumat, pemilik syarikat pula dipanggil untuk siasatan,” katanya pada sidang media OBK di Markas Operasi PPM Wilayah 1, di sini semalam.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 4 people and text
ArticlePublished 14 Sep 2024 3.27 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM