Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Ninja Van Pdrm Perangi Kes Penipuan Bungkusan

Diterbitkan: 13 Jun 2025 4.14 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.57 PM
Subang Jaya, 13 Jun 2025 - Kes penipuan atau “scam” bungkusan semakin membimbangkan apabila lebih 3,500 kes direkodkan di luar Lembah Klang dalam suku pertama 2025, peningkatan drastik sebanyak 85 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-ninja-van-pdrm-perangi-kes-penipuan-bungkusan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:27 MYT

Subang Jaya, 13 Jun 2025 - Kes penipuan atau “scam” bungkusan semakin membimbangkan apabila lebih 3,500 kes direkodkan di luar Lembah Klang dalam suku pertama 2025, peningkatan drastik sebanyak 85 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Perkembangan ini turut mendorong Ninja Van Malaysia memperkukuh kerjasama strategik dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi pemeteraian memorandum persefahaman sebagai usaha bersama menangani jenayah digital yang semakin kompleks.

Ketua Pegawai Eksekutif Ninja Van Malaysia, Lin Zheng, berkata pihaknya tidak lagi boleh melihat isu keselamatan sebagai tanggungjawab sekunder dalam dunia logistik.
“Penipuan kini bukan lagi isu terpencil dalam masa hanya satu suku, kes luar Lembah Klang naik 85 peratus, manakala Lembah Klang sendiri merekodkan lebih 2,200 kes dengan peningkatan 64 peratus, petanda bahawa modus operandi penjenayah semakin meluas.

“Kita juga melihat trend yang semakin membesar di Sabah Sarawak, walaupun jumlah keseluruhan lebih rendah, kes meningkat daripada lebih 250 pada suku kedua 2024 kepada lebih 600 kes pada suku keempat satu peningkatan hampir 147 peratus dalam tempoh hanya dua suku,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 2 people and text that says 'Ninja Van, PDRM perangi kes penipuan bungkusan Syarikat penghantar kukuh kerjasama strategik dengan meterai


ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2025 4.14 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.57 PM